Alhamdulillah...untuk kesihatan...untuk ketenangan...untuk kebahagian...untuk rahmatMu yang tidak berhenti mencurah...dan alhamdulillah untuk kasih sayang yang tiada berbelah bagi....Alhamdulillah...
Lewat petang semalam...MyFarina, Mir Amer Cardiff dan anakČ datang menemani aku disini...Gembira yang tiada terhingga takkala pintu dibuka dan melihat mereka di hadapan mata...Lil Kaseh agak memerap dengan aku kali ini...tidak mahu berenggang...membuatkan si abang Edid agak bermasam muka...cemburu mungkin..daddy sayang kamu semuanya...
Mir Amer Cardiff sudah besar panjang...Alhamdulillah...tidak pernah lagi meninggalkan solat 5 waktu...aku bersyukur pada yang Esa walaupun Cardiff belajar di sebuah negara yang cukup asing dari budaya kita dia masih mampu memikirkan mana yang baik dan buruk..Dia nampak sangat matang dari usianya... Aku tidak mengharapkan dia menjadi sempurna manusia...cuma yang aku ingin dia menjalani kehidupan ini dengan cara yang sederhana..caranya sendiri...
Malam tadi sebelum melelapkan mata aku berbual dengannya " Apa yang Cardiff inginkan dalam hidup?? Apa impian dan citaČ Cardiff " ...Jawapnya bersahaja " Cardiff ingin berjaya dalam life Cardiff dan Cardiff ingin jadi seperti daddy " ...
Hari ini...seawal pagi aku bersarapan pagi dengan 'seorang tetamu' ...dan tetamu ini adalah bapa kepada anak yang dikandung oleh pekerja aku ( rujuk entry yang lepas )...Tetamu ini ingin bertanggungjawab kepada pekerja tersebut dan aku melihat dia menitikkan airmata takkala aku memberitahu bahawa dia bakal menjadi bapa dihadapan pekerja yang sedang mengandung itu... aku katakan padanya " jika hari ini bila kita lahir kedunia..kita di sambut oleh ayah dan ibu...kita disayangi oleh ayah dan ibu...lakukan lah perkara yang sama buat anak kamu...Jangan sesekali mencorakkan masa depan yang suram buat dia.."
Memandangkan MyFarina akan menemani aku selama beberapa hari disini..dan memandangkan aku merindui masakannya...kami mengambil keputusan untuk keluar membeli barang keperluan sekaligus bershopping buat anakČ.... new N95 Nokia untuk Cardiff menggantikan henfonnya yang hilang dan beberapa pasang pakaian buat MyFarina , Anne , Edid dan Lil Kaseh... dan untuk daddy hanya sandal Reebok...ianya sangat selesa di kaki 
*aku membaca coretan KAU... dan aku merasa bahagia yang KAU rasa...berdampingan bersama insan yang kita sayang walaupun hanya seketika akan memberikan sejuta makna yang tiada mampu untuk ditafsirkan dengan kataČ *
Dan aku bahagia menempuhi kehidupan ini dengan cara aku sendiri...bersama dengannya yang sangat memahami aku - MYFARINA -
EdiLRezz...