KU MOHON
Alhamdulillah untuk segala rezeki yang dikurniakan...untuk rasa sakit , kecewa , duka dan gembira....Hati ini redha dengan setiap ketetapanNya....Ku mohon diri ini , ahli keluarga , isteri dan anakČ , sahabat handai dan taulan sentiasa berada dalam lindunganNya....
Malam ini aku mengikut Encik Pemandu membawa 2 orang pekerja ke klinik....Seorang kerana demam dan seorang lagi kerana sudah menampakkan tandaČ murung....Menurut seorang teman pekerja ini sudah hampir 1 minggu suka bersendirian...meminggirkan diri jauh dari temanČ....
Sejak dimaklumkan kepada aku mengenai pekerja yang sering bermurung ini...aku seakan dapat membaca ' penyakit ' yang dihadapi...Namun aku berdoa semoga apa yang bermain di minda aku tidak sama sekali benar....
Aku sendiri yang ke kuanter pertanyaan dan menyerahkan borang keduanya..aku maklumkan kepada pekerja clinic bahawa seorang pekerja ini perlu membuat ujian air kencing untuk mengetahui samada dia mengandung atau tidak....
Sepanjang menunggu nama pekerja dipanggil..hati ini resah...BUKAN kerana aku penyebabnya...TAPI apa jawapan yang harus aku berikan kepada keluarga dia..????Saat aku ambil dia dari jagaan kedua orang tuanya...aku berjanji akan menjaga dia sebaik mungkin...seperti seorang abang yang menjaga seorang adik...
Aku menidakkan perkaraČ negatif yang bermain diminda...sehingga nama pekerja itu dipanggil berjumpa Doctor N....Dan apabila pekerja ini keluar dari bilik rawatan ...aku berjumpa dengan Doctor N ..... " Rez ... dia positif... hampir 8 minggu.... Aku terkedu... hilang kataČ....
Sepanjang perjalanan pulang...aku memikirkan macamana aku nak jawab dengan keluarganya??? seorang anak yang dihantar kepada aku dalam keadaan bersih dan aku akan memulangkan kepada keluarganya kembali dalam keadaan dia berbadan dua!!!
Sebelum dia melangkahkan kaki menuju kerumah kediamannya...aku memanggil dia...berbual seadanya...dan aku khabarkan kepadanya " Untuk malam ini jangan dikhabarkan lagi berita ini kepada keluarga kamu...terutama ibu kamu....saya tidak mahu berita ini menjadi mimpi ngeri buat dia...biarkan dia tidur dengan tenang untuk malam ini "
Aku akui..hati ini sebak....hati ini pilu....kecewa dengan sikap anakČ remaja mahupun yang tua ada hari ini..bagi mereka islam cuma patah perkataan yang tertulis di dalam IC...cuma diwarisi...bukan lagi sebagai landasan dan benteng pertahanan buat diri...Bila mengenangkan perkara ini...aku takut dengan balasanNYA nanti....
Ya Allah....aku bermohon kepadaMU...jauhkan anakČ...saudaraČ ku....sahabat-sahabat ku dari segala maksiat dunia....hadirkan iman dalam diri mereka...tunjukkan jalan yang benar dan jalan yang kau redhai...
Say0o0o0nara...
Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan...hidup ini jangan disiakan...
EdilRezz
Posted at 04:44 pm by redza