KAMU.....
Pagi ini...rasa ini singgah di hati...meninggalkan kesan yang mendalam...KAMU....aku merindui kehadiran KAMU dalam kenangan yang telah berlalu...Tidak aku bermimpi dalam mengakui hakikat ini...dan pasti aku dalam realiti...untuk sekian waktu KAMU singgah di hati dan minda aku...
Pagi ini...aku mengingati segala kenangan yang pernah aku lalui bersama KAMU...KAMU hadir dalam damai yang tenang...mengukir senyuman yang membuatkan aku senang bersama KAMU...KAMU...berhati-hati dalam mengatur kata agar tidak satu pun menguris hati aku..KAMU sentiasa berusaha membuatkan aku tersenyum...KAMU menyakinkan aku agar terus melangkah di saat aku semakin goyah...KAMU memahami sifat diam ku...KAMU memahami apa mahu aku walaupun aku sepi tanpa kata-kata..
Jarak dan ruang yang memisahkan aku dan KAMU...Namun aku mahu KAMU tahu...walaupun tidak pernah aku ucapkan pada KAMU...aku pernah merasa bahagia tika bersama KAMU...dan bahagia itu membuatkan KAMU sentiasa berada di hati aku....KAMU sentiasa bersama dalam perjalanan aku...tidak pernah tertonggal nama KAMU dalam doa aku...
Hari ini...aku bersyukur pada Allah kerana akhirnya KAMU berjumpa 'seseorang ' yang mampu untuk membuatkan KAMU merasai erti bahagia...dan aku tahu bahagia itu bila KAMU membuka ruang dihati mu untuk insan lain..memberikan peluang untuk insan lain mendekati KAMU...dan aku tahu 'seseorang' itu amat bertuah memiliki KAMU...kan doa dari aku agar KAMU dan 'seseorang ' itu bersama sehingga ke akhirnya...semoga bahagia itu tiada titik nokhtah buat KAMU dan dia...
Dan aku disini...masih sama seperti yang KAMU kenali dahulu...setiap diam aku..ada kata yang tersimpan...setiap diam aku ada perasaan yang tidak terucap....setiap diam aku..ada sejuta makna yang tidak mampu untuk aku zahirkan...
Semoga di suatu hari nanti kita akan bersua lagi....memenuhi permintaan KAMU untuk menatap wajah MyFarina...3 cinta dihati aku...Edid, Anne & Kaseh....
My makaroni sup....
say0o0o0o0nara...
Kadangkala keindahan itu bukan hanya untuk dilihat..tapi juga untuk di nikmati...juga untuk difahami...agar pada di suatu ketika..saat dia melangkah pergi..kita merasakan kita telah memberikan yang terbaik untuk ia...usah dikesalkan..
EdilRezz